Pokok sawit Elaeisguineensis adalah tanaman keperluan penting yang meliputi 5.38 juta hektar kawasan tanah di Malaysia. Sebagai penyumbang minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia, Malaysia mengeluarkan sekurang- kurangnya 80% hasil pengeluaran di serata dunia. Sawit mempunyai nilai dagang ekonomi yang signifikan kerana ia membantu menjana sumber pendapatan negara, sumber minyak sayur dan biofuel yang berkesan dan murah, juga menjamin keselamatan makanan. Walau bagaimanapun, serangan serangga perosak di ladang sawit kini menjadi kerisauan pihak-pihak berkepentingan. Kerugian hasil tanaman akibat dari pada letusan serangga perosak tidak boleh dielakkan. Oleh itu, pemantauan teratur dan amalanagri kultur yang berlestari perlu diamalkan.
Ulat bungkus (Lepidoptera: Psychidae) adalah larva atau beluncas bagi spesies rama-rama. Spesies ini dikenal pasti dengan sifatnya yang mempunyai bungkusan atau kelongsong sutera yang diperbuat dari pada sutera yang tahan dan disulam bersama cebisan-cebisan dari pada pokok kering seperti dedaun dan dahan-dahan kecil. Ulat ini mengambil masa lebih kurang satu jam untuk membuat kelongsong sutera dan kemudian tinggal di dalam kelongsong tersebut sehinggaia menjadi dewasa untuk ulat betina dan menjadi pupa untuk ulat jantan (Mohd-Basri& Norman 2000). Apa bila sudah mencapai tahap dewasa, pupa jantan akan membesar dan mempunyai sepasang kepak, manakala anggota betina dewasa pula akan berkurangan dan tidak boleh terbang (Mohd-Basri& Norman 2000). Serangga jantan akan terbang mencari serangga betina melalui rembesan feromon. Terdapat 16 spesies rama-rama yang sudah direkodkan di Malaysia, dan tujuh dari padanya mempunyai hubung kait dengan ladang sawit. Dari pada tujuh spesies ini, Mahasenacorbetti, Metisa plana dan Pteroma pendula telah dikenal pasti sebagai serangga perosak pemakan daun yang serius (Norman et al 1995).
Ulat bungkus ini memakan dedaun sawit dan sering kali merosakkan tanaman. Tambahan pula, serangan yang berlaku berulang kali menyebabkan populasi serangga semakin meningkat ,mengakibatkan peranggasan daun, dan seterusnya memberi impak negatif kepada ekonomi akibat kerugian hasil sawit. Serangan ulat bungkus ini selalunya berlaku pada enam bulan pertama dalam setahun berbanding dengan enam bulan terakhir. Walaupun pokok sawit boleh diserang ulat bungkus pada apa jua peringkat umur, kerosakan jelas boleh dilihat berlaku pada tanaman yang berumur lapan tahun keatas (Mohd-Basri& Norman 2000). Peranggasan daun-daun anggaran 10- 13% oleh Metisa plana boleh mennyebabkan penurunan hasil buah sebanyak 33- 40% (Mohd-Basri 1993). Peranggasan daun- daun yang teruk oleh Mahasenacorbetti dan Pteroma pendula pula boleh mengakibatkan 40- 50% kerugian hasil buah (Liau 1987; Norman &Mohd-Basri 2010).
Ulat buah dewasa (Lepidoptera: Pyralidae) dikenal pasti melalui warna kepak hadapannya yang berwarna kelabu keperakan untuk ulat jantan dan kehijauan atau perang ,dengan jalur merah yang nipis bagi ulat betina (Saharul-Abillah et al 2017). Larva Tiratha baru fivena didapati akan memakan jambak bunga jantan dan betina pokok sawit, tandan muda yang baru sahaja berputik, dan tandan buah segar dan mengakibatkan kerusakan kepada buah (Lim 2012; Zulkifli et al 2015). Jika tiub panjang sutera dan fras (kumuhan serangga) dijumpai pada tandan buah, ini adalah salah satu petanda wujudnya serangan makhluk perosak ini (Lim 2012; Zulkifli et al 2015). Serangan ulat ini menyebabkan pembentukan buah yang cacat, berbuah tanpa isirung sawit, atau gugur pramatang (Basri et al 1991; Mohd-Basri & Norman 2000). Ulat buah sawit memakan buah yang masak dan buah yang busuk. Selain dari pada adanya jambak bunga jantan dan betina, buah masak yang tidak dituaiakan bertukar menjadi tandan buah yang busuk. Tandan yang busuk pula menjadi tempat pembiakan yang sesuai untuk ulat buah sawit (Mohd-Basri & Norman 2000). Oleh demikian, serangan ulat buah ini boleh mengakibatkan penurunan signifikan pada kualiti tandan buah sawit.
(Selengkapnya dapat dibaca di Majalah Sawit Indonesia, Edisi 116)