Labah-labah di ladang sawit Penulis: Dzulhelmi Nasir

Labah-labah merupakan pemangsa semula jadi yang boleh dijumpai di dalam pelbagai kawasan pertanian termasuk di ladang sawit. Mereka boleh didapati dalam rupa bentuk, warna dan ukuran yang berbeda-beda. Selain waktu keaktifan yang berlainan (siang atau malam), kaedah pemburuan, taktik dan strategi unik dalam menangkap mangsa yang ada pada setiap spesies membolehkan labah-labah berpotensi sebagai pemangsa semulajadi dalam mengawal serangga perosak tanpa merosakkan hasil pertanian.

 

Labah-labah pembina sarang adalah pemangsa pasif yang membina sarang pada lokasi yang strategik dan hanya menunggu mangsa yang terperangkap pada sarangnya. Antara bentuk sarang labah-labah yang sering dijumpai dalam ladang sawit ialah (1) sarang-bulat (orb-web) (2) sarang-tidak sekata (irregular-web) dan (3) sarang-lembaran (sheet-web). Kebanyakan labah-labah pembina sarang tidak mempunyai diet pemakanan yang khusus. Mangsa bersaiz besar atau merbahaya yang terperangkap pada sarang seperti lebah dan tebuan akan cepat diuraikan dan dilepaskan untuk mengelakkan kerosakan pada sarang. Labah-labah ini mengitar semula sutera yang dihasilkan dengan memakan suteranya lalu menggunakannya untuk membaiki bahagian sarang yang rosak. Di ladang sawit, pelbagai spesies labah-labah boleh ditemui pada batang pokok dan pelepah selain daripada di atas tanah dan juga pada tumbuh-tumbuhan lain. Labah-labah pembina sarang adalah pemangsa pasif, membina sarang pada lokasi yang strategik dan hanya menunggu mangsa yang terperangkap pada sarangnya. Contohnya, Argiope aemula (Araneidae) mampu membina sarang-bulat yang teguh dan kental untuk memerangkap serangga perosak seperti Patanga succincta pada waktu pagi, manakala Neoscona nautica (Araneidae) mampu memerangkap serangga perosak seperti Metisa plana, Pteroma pendula dan Tirathaba rufivena (Lepidoptera) pada waktu malam di ladang sawit. Walau bagaimanapun, kebanyakan spesies labah-labah pembina sarang tidak mempunyai diet pemakanan yang khusus dan memerangkap apa-apa jenis serangga sama ada perosak mahupun yang bukan perosak yang terdapat di ladang sawit. Mangsa bersaiz besar atau merbahaya yang terperangkap pada sarang seperti lebah dan tebuan akan cepat diuraikan dan dilepaskan untuk mengelakkan kerosakan pada sarang. Labah-labah ini akan mengitar semula sutera yang dihasilkan dengan memakan suteranya lalu menggunakannya untuk membaiki bahagian sarang yang rosak.

Labah-labah yang tidak membina sarang pula memburu mangsanya secara aktif dengan kaedah mengejar dan melakukan serangan hendap. Teknik pemburuan dan penangkapan mangsa adalah bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat pada labah-labah tersebut. Contohnya, Myrmarachne sp. (Salticidae) yang kelihatan seperti semut boleh mengeluarkan bau seakan-akan semut. Kemampuan ini membolehkan Myrmarachne sp. menyamar dan hidup dalam kalangan koloni semut sambil menjadi pemangsa kepada semut tersebut. Manakala Scytodes sp. (Scytodidae) pula mampu meludah gam untuk mengkakukan mangsa supaya mudah memakannya. Spesies besaiz besar seperti Myrmarachne assimilis (Salticidae) yang kelihatan seperti semut boleh memburu dengan aktif serangga perosak seperti Valanga nicricornis (Orthoptera) semasa ia di peringkat larva. Oxyopes lineatipes (Oxyopidae) pula boleh memburu Adoretus compressus (Scarabaeidae), manakala Siler semiglaucus (Salticidae) boleh memakan serangga perosak seperti Darna diducta, Darna trima, Setora nitens dan Setothosea asigna (Lepidoptera) yang terdapat pada pelepah sawit.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Customer Services on WhatsApp