Rama-rama Perosak di Ekosistem Sawit

Penggunaan racun perosak kimia terbukti tidak berkesan kerana ia secara langsung dan tidak langsung memberikesan kepada alam sekitar, menelan kos yang tinggi, menggalakkan ketahanan makhluk perosak terhadap racun serangga perosak dan akan menghapus serangga berfaedah seperti kumbang pende bunga sawit ia itu Elaeidobiuskamerunicus. Oleh itu,  kaedah pencegahan serangga perosak jangka panjang yang tidak memberikesan buruk kepada alam sekitar diperlukan. Pegamalan kaedah pengurusan serangga perosak berintegrasiakan membantu mengekalkan populasi serangga perosak di tahap yang terkawal dengan cara pengurusan haiwan dan tumbuhan lain supaya ia hanya memberi impak minima terhadap alam sekitar (Wood 2002).

Kini, penggunaan ‘bio-pesticide’ dengan kaedah penyemburan dari udara (Mohd Mazmira et al, 2010; Mohd Najib et al, 2013), perangkap feromon (Norman and Othman 2006; Norman et al, 2010), penanaman tumbuhan berfaedah dan pemantauan populasi ulat bungkus berkala (Norman and Mohd-Basri 2010) sering digunakan untuk mengawal ulat bungkus. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah ini mempunyai kos yang tinggi dan memerlukan tenaga buruh untuk pemantauan berkala.

Perangkap feromon membantu dalam pemantauan aktiviti dan pergerakan serangga perosak sasaran dengan menggunakan betina virgin yang reseptif sebagai sumber feromon (Norman & Othman 2006). Hasil kajian selepas itu juga turut membuktikan keberkesanan kaedah ini yang berpotensi tinggi berdasarkan bukti oleh (Norman et al, 2010). Beliau menyatakan, penggunaan feromon betina Metisa plana sebagai perangkap rama-rama jantan boleh mengurangkan larva ulat bungkus bagi generasi yang seterusnya. Selain dari pada itu, kaedah ini telah terbukti berkesan bagi beberapa makhluk perosak yang lain seperti kumbang sawit Rhynchophorus palmarum (Oehlschlager et al., 2002), ‘white spotted tussock moth’ dari spesies Orgyiathylellina dan‘sugarcane wireworm’ dari spesies Melanotusokinawensis (Ryan, 2002).

Penggunaan Bacillus thuringiensis (Bt), racun serangga mikrob yang mesra alam sekitar adalah salah satu komponen utama dalam Pengurusan Perosak Bersepadu (Ahmad et al., 2012). Kaedah ini tidak mengganggu organisma lain di persekitarannya termasuk kumpulan serangga, manusia, haiwan domestik dan vertebrata lain (Ahmad et al., 2014; Ahmad et al., 2015). Pada suatu kajiankes , kaedah penyemburan dari udara Ecobac-1 (Bacillus thuringiensis) keatas ulat bungkus , Metisa plana yang dijalankan pada Oktober 2013 berhasil menurunkan populasi generasi pertama serangga perosak ini di Slim River, Perak (Noorha zwani et al., 2017). Akan tetapi, kaedah ini memerlukan pemantauan teliti dalam bancian ulat bungkus, jadual waktu penyemburan dan penyeliaan penyemburan bakteria di ladang-ladang sawit.

Penggunaan agen- agen biok awalan untuk mengurangkan kerosakan sawit sangat penting untuk mengurangkan kos perkhid matan buruh, penurunan penggunaan racun perosak yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar secara langsung atau tidak langsung (Mc Neely et al, 1995). Menurut Koul (2003), pemangsa dan parasitoid adalah musuh semula jadi yang menyerang serangga di pel bagai peringkat umur. Hal ini membantu pengawalan mahkluk perosak di dalam sesuatu ekosistem , dan dikenali sebagai “kawalan biologi”. Norman et al. (1998) telah berjaya merekod 31 spesies pemangsa dan parasitoid yang berhu bungkait dengan ulat bungkus dan beluncasnetel di ladang- ladang sawit. Interaksi di antara ulat bungkus dan parasitoid bukan sahaja dipengaruhi oleh adanya ulat bungkus sebagai hos (Cheong et al. 2010) , tetapi juga dipengaruhi dengan adanya pohon-pohon berfaedah yang tumbuh di kawasan –kawasan ladang (Norman & Mohd Basri 2010). Pohon-pohon berfaedah seperti Cassia cobanensis, Euphorbia heterophylla dan Antigononleptosus dipercayai membantu dalam meningkat kehadiran dan kepel bagaian parasitoid (Ali et al., 2007). Sebuah kajian dari pada Hanysyam et al. 2013; Mazlan & Norafiza 2016: Halim et al. 2018  juga menyatakan pohon-pohon adalah faktor penting dalam peningkatan komuniti parasitoid. Tetapi, tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan peladang-peladang kecil mengenai kepentingan pohon berfaedah di sekeliling ladang mereka menyebabkan pendekatan ini sukar dipraktikkan.

(Selengkapnya dapat dibaca di Majalah Sawit Indonesia, Edisi 117)

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like